Saturday 8 October 2011

Muhibbah | Kami sokong!!

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, sekali lagi saya bersyukur kerana dapat bersama-sama menjayakan Perjumpaan Muhibbah & AGM bagi Sains Johor Alumni (SAJOHA) 2011.


Selain ingin melantik barisan kepemimpinan yang baharu bagi sesi 2011/2013, MUHIBBAH juga bertujuan mempertemukan semua bekas pelajar SM Sains Johor untuk membentuk satu ikatan ukhuwwah yang lebih utuh dalam kalangan ahli SAJOHA.







Tentatif MUHIBBAH 2011:


Selepas AGM tamat, kami beruntung kerana berpeluang mendengar tazkirah daripada satu daripada pioneer teacher SMS Johor, iaitu Dr Robiah K Hamzah yang juga mudirah bagi program Ustazah Pilihan. Teruja, terpesona dengan tazkirah yang padat dan ringkas tentang niat sebelum kita menjadi tetamu ALLAH di kota suci Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah.

Dr Robiah K Hamzah

Semoga pihak SAJOHA dan pihak pengurusan SMS Johor boleh merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti seumpama ini bagi mengukuhkan perpaduan antara pelajar, guru dan juga bekas pelajar SMS Johor untuk terus membela agama, bangsa dan negara. InsyaALLAH.

Bersama-sama Mengubah Paradigma
Ke Arah Mukmin yang Sejati..=)

No comments:

Post a Comment