Friday 14 October 2011

Kemah Keming Haram!!

Assalamualaikum w.b.t.


Terdapat hadith Nabi Muhammad SAW yang menyatakan.."Akan berlaku pada akhir zaman, wanita yang memakai pakaian tetapi bertelanjang, kerana pakaiannya yang jarang sehingga nampak auratnya" - Hadith Riwayat Muslim.


Kali ini saya ingin berkongsi tentang satu petikan daripada ruangan Mewah Bahasa dalam akhbar Berita Harian iaitu Kemah Keming Haram. Apa itu 'kemah keming'? Saya pasti rakan-rakan yang berasal dari Pantai Timur sudah tentu tahu makna perkataan tersebut. Jadi, bagi mereka yang baru tahu akan kewujudan perkataan ini, mari sama-sama ikuti perbualan di bawah.


Jah dan Esah rakan sekursus Yan, baru mendaftar di sebuah institut kemahiran di ibu kota. Jah beasal dari Kelantan dan Esah pula berasal dari Perak...

Jah   : Syukurlah, dapat juga kita kursus ni.

Esah : Ya lah, kita yang kurang pandai ngaji ni, dapat juga lanjut pelajaran. Kalau nak ke U, memang le tak dapat..Tak layak!!.

Jah   : Hehehe..Memang tak layak pun. Nasib baik ada tempat belajar kemahiran ni. Itu pun mula-mula mak kat kampung berat nak bagi...

Esah : Tak bagi??

Jah   : Bukan tak bagi, tapi berat nak bagi.

Esah : Kenapa??

Jah   : Saya ni anak tunggal.

Esah : Oooo..Gitu ke?! Tapi, kalau anak tunggallah sepatutnya diberi peluang belajar lagi, sebab ni la satu-satunya anak.

Jah  : Bukan dia tak bagi, tapi berat hati nak lepaskan anaknya hidup di bandar besar ni. Dia takut terpengaruh hidup moden, pakai dedah sana-sini, haram tu!!!

Esah : Kita datang sini untuk belajar, bukannya nak buat benda tak senonoh.

Jah   : Tu la, masa mak saya hantar, dia pesan dah...

Esah : Apa dia??

Jah   : Dia pesan, walau dah duduk bandar, agama tetap kena jaga.

Esah : Oooo, tu mestilah!! Kita orang Islam mesti sembahyang...

Jah   : Bukan sembahyang je..Cara hidup kitalah, yang pentingnya pakaian!!

Esah : Hah!! Betoi tu...tu pasal la kat sini dah ada peraturan, kita mesti berpakaian kemah!!

Jah   : Hah!! Itu yang tak boleh tu.

Esah : Tak boleh??

Jah   : A'aa..tak boleh!! Kita tak boleh pakai baju kemah..Haram!!

Esah : Ishh!! Tu kan ke peraturan di sini, pakai kemah tu tutup aurat, apa pulak haramnya.

Jah   : Memanglah tutup aurat, tutup dengan kain baju, tapi kalau kemah keming, tetap haram jugak!!

Esah : Macam mana pulak pakai baju yang tutup aurat tapi haram gak?? Tak fahamlah saya. Pakai mazhab mana ni??

Jah   : Kalau pakai baju, pakai seluar, pakai kain yang biasa, yang tutup aurat, tak haramlah.

Esah : Yang haram tu macam mana pulak?? Sebab tak pernah saya dengar lagi orang kata kalau pakai pakaian kemah ni haram. Tambah pulak kat sini kita diwajibkan pakai baju lengan panjang, seluar panjang dan tudung.

Jah   : Memanglah tutup seluruh badan, tapi kalau dah kemah keming....

Esah : Kemah keming?? 

Jah   : A'ah..kalau dah pakai baju, pakai seluar kemah keming, nampak susuk badan, lekuk sana bonjol sini..Haram le!!

Esah : Ehh!! Kemah ni apa?? Macam mana boleh haram pulak??

Jah   : Kemah le, pakai baju yang tak cukup saiz tu...ketat!!

Esah : Hahh!! Kemah ni sama dengan ketat ke??

Jah   : Ha laa..Orang kampung saya cakap macam tu la. Awak ingat apa??

Esah : Saya ingat kemah macam dalam buku peraturan kat sini tu.

Jah   : Dalam buku peraturan??

Esah : Ha'aa..kan dalam buku peraturan kat sini ada tulis, kita perlu sentiasa berpakaian kemah semasa menghadiri kelas.

Jah   : Ooo..Itu ke?? Tu bukan kemah, tapi kemas!!

Esah : Samalah tu, orang Kuala Lumpur kata kemas, orang tempat saya kata kemah!!

Jah   : Mana nak samanya!! Kita dah di sini kenalah cakap cara orang sini, nanti makna jadi lain.

Esah : Betul tu Jah!! Awak pun janganlah cakap Kelantan dengan saya, nanti saya faham lain pulak..Hehehe..



GLOSARI
  • Kemah (e pepet)
             - ketat (dialek Kelantan)
           - kemas (dialek Perak)

  • Kemah keming
             - ketat sangat, ketat sendat (dialek Kelantan)




APA KONKLUSINYA??

Berpakaian ketat atau jarang dan yang seangkatan dengannya bagi setiap Muslimah adalah haram dan dilarang sama sekali dalam agama (begitu juga untuk Muslimin). Hal ini berlaku kerana etika berpakaian amat dititikberatkan dalam Islam, yang menuntut umatnya mengenakan pakaian yang menutup aurat, sopan dan bersesuaian dengan syarak. Dalam konteks ini, kebanyakan Muslimah mengambil mudah dalam soal berpakaian sehingga sanggup mengetepikan perintah dan syariat ALLAH SWT seperti yang terkandung dalam firman-Nya, Surah Al-Ahzab, ayat 59;


          Mafhumnya: Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin: "Hendaklah mereka menutupkan jilbab*nya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.


*Jilbab dalam bahasa Arab bererti pakaian yang menutupi seluruh tubuh (pakaian kurung). Ayat ini menjelaskan pada kita bahawa menutup seluruh tubuh adalah kewajiban setiap Muslimah dan merupakan tanda keimanan mereka.



ALLAH SWT juga ada berfirman dalam Surah An-Nur, ayat 31;


             Mafhumnya : Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka melabuhkan khumur (kain tudung) hingga ke paras dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara perempuan mereka atau para perempuan (sesama Islam) mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang yang beriman, agar kamu beruntung.



Ayat ini menegaskan empat hal :

a. Perintah untuk menahan pandangan dari yang diharamkan oleh Allah.
b. Perintah untuk menjaga kemaluan daripada perbuatan yang haram.
c. Larangan untuk menampakkan perhiasan kecuali yang biasa nampak seperti muka dan tapak tangan.
d. Perintah untuk menutupkan khumur hingga ke dada. Khumur adalah bentuk jamak dari khimar yang bererti kain penutup kepala (kain tudung).







Jadi, siapakah kita untuk menidakkan perintah dan syariat ALLAH SWT?? Renung-renungkanlah, dan berubahlah ke jalan yang benar selagi mana kita masih memiliki peluang yang terbentang luas ini. InsyaALLAH.



Bersama-sama Mengubah Paradigma
Ke Arah Mukmin yang Sejati..=)

No comments:

Post a Comment