Tuesday 25 October 2011

Renungan | Seksaan Meninggalkan Solat Fardu

Assalamualaikum w.b.t

Solat adalah tiang agama. Maka, sebagai hamba yang beriman dan bertakwa kepada Allah Azza Wajalla, kita wajib untuk melaksanakan rukun Islam kedua ini tanpa sebarang alasan untuk berbuat sebaliknya.





Allah S.W.T berfirman :





Mafhumnya : "Apa yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?" Mereka menjawab: "Dahulu kami tidak termasuk orang yang melaksanakan solat."
( Surah Al-Muddaththir, ayat 42-43)


APAKAH SEKSAAN KETIKA MASIH HIDUP??

Allah S.W.T mengurangkan keberkatan umurnya.
Rezekinya disempitkan oleh Allah S.W.T.
Tiada tempat baginya di sisi Islam.
Doanya tidak dimakbulkan oleh Allah S.W.T.
Hilang cahaya soleh dari wajahnya.
Amal jariah yang dilakukan olehnya langsung tidak diberi pahala.


APAKAH SEKSAAN KETIKA SAKARATUL MAUT??

Dia akan menghadapi maut dalam keadaan hina.
Matinya dalam keadaan menderita kelaparan.
Matinya dalam keadaan sangat haus walaupun diberi air tujuh lautan.


APAKAH SEKSAAN KETIKA DI ALAM KUBUR??

Allah S.W.T akan menyempitkan kuburnya sesempit-sempitnya.
Kuburnya akan digelapkan.
Allah S.W.T akan menyeksakannya dengan pedih sehingga Hari Pembalasan ( Qiamat ).


APAKAH SEKSAAN KETIKA HARI QIAMAT??

Dia akan dibelenggu dan diseret ke Padang Mahsyar oleh malaikat.
Allah S.W.T tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan.
Allah S.W.T tidak akan mengampunkan dosanya dan dia akan diseksa dengan keras di dalam neraka.



Siapakah yang mampu menyelamatkan kita daripada seksaan
api neraka selain Allah S.W.T??


NISBAH DOSA
ORANG YANG MENINGGALKAN
SOLAT FARDU

  • SUBUH - Dia akan diseksa selama 60 tahun di dalam neraka.
  • ZUHUR - Dosanya seperti membunuh 1,000 jiwa orang Muslim.
  • ASAR    - Dosanya seperti meruntuhkan Baitullah ( Ka'abah ).
  • MAGHRIB -  Dosanya seperti berzina dengan ibunya ( bagi Muslimin) dan dengan bapanya ( bagi Muslimah ).
  • ISYAK   - Allah S.W,T tidak reda dia hidup di bumi dan digesa mencari bumi yang lain.


Jadi, siapa kita untuk menidakkan perintah dan amanah daripada Yang Maha Agung? Ketahuilah betapa kerdilnya kita dan lemahnya sifat manusia ini. Hidup ini tujuannya untuk beribadah kepada Allah S.W.T dan tujuan lain seperti menjadi khalifah di muka bumi untuk menegakkan syiar agama-Nya.


O My Lord,
I don't deserve Thy blessings of paradise,
Yet, I don't have the strength to withstand
Thy torments of hell fire,
Thus,
accept my repentance,
and grant me
Thy forgiveness for my sins,
For Thou art the Forgiver
of great sins...


  Tunaikanlah solat walau di mana jua kita berada. Kerana solat adalah kewajipan kita kepada-Nya. Tunaikanlah solat dengan ikhlas dan niat semata-mata kerana Allah S.W.T.
InsyaALLAH, kita akan diberkati.
Amin Ya Rabbal 'Alamin.


Bersama-sama Mengubah Paradigma

Ke Arah Mukmin yang Sejati..=)

The Holy Qur'an | The Final Revelation ( Part 1 )

Assalamualaikum w.b.t.

My brothers and my sisters,

As a Muslim, we have to make Al-Qur'an and As-Sunnah as the main guides in our life. Al-Qur'an, is the ''Road-Map'' that guides the believers along the Straight Path to his ultimate destination - Paradise ( Jannah ), in the Hereafter ( Akhirah ). I gonna write about the holiest book in the world, so that you can understand and know about it later. Here we go.



  • What is The Qur'an?
The Qur'an is Truth from God ( Allah S.W.T, in Arabic ). It is the exact Word of Allah revealed to His Last and Universal Prophet, Muhammad ( peace be upon him ). Allah revealed The Qur'an through Angel Gabriel ( Jibril, in Arabic ) in Arabic, the language of Prophet Muhammad ( pbuh ), and the Arab people to whom it was first conveyed.

The Qur'an is Allah's Final Revelation which He has "guaranteed to protect" from corruption, until the end of time. 

Mafhum : We have revealed this Qur'an, and We will guard It from corruption.
(Chapter 15, Verse 9)

The Qur'an is the only existing authentic Revealed Book because, unlike earlier Revealed Books, it has been preserved intact in its original language, content and form. Thus, The Qur'an prevails as a Universal Message that provides Divine Guidance to all of humanity, for all times and in all places. 


  • Earlier Revealed Books
The Qur'an is the last "instalment" in the chain of Divine Revelations to mankind, which had begun from Adam ( pbuh ), the first man and Prophet, and culminated with Prophet Muhammad ( pbuh ). 

The Qur'an mentions 4 earlier Revealed Books:


The Scrolls ( Suhuf, in Arabic )
of Prophet Abraham ( Ibrahim, in Arabic )

*this picture is not the real Revealed Book.




The Torah ( Taurat, in Arabic )
of Prophet Moses ( Musa, in Arabic )

*this picture is not the real Revealed Book.


The Psalms ( Zabur, in Arabic )
of Prophet David ( Daud, in Arabic )

*this picture is not the real Revealed Book.
The Gospel ( Injil, in Arabic )
of Prophet Jesus (Isa, in Arabic )

*this picture is not the real Revealed Book.



Muslims believe in all Prophets and Revealed Books. These earlier Books were limited to specific communities and periods of history. All of them are either lost, or no longer exist in their original form. However, their message is retold and permanently preserved in the Final Revelation.

That's the end of Part 1. InsyaALLAH, I'll continue writing about it soon in Part 2. 
Have a blast and thanks for reading.



Bersama-sama Mengubah Paradigma
Ke Arah Mukmin yang Sejati..=)



Tuesday 18 October 2011

Apa Hukum Berdoa Untuk Bukan Islam??


Assalamualaikum w.b.t.


"Boleh ke kalau kita doakan orang yang bukan Islam? Ana musykil la.."

Persoalan itu sering kali kita dengar dalam kalangan masyarakat kita. Boleh tak boleh, mari kita lihat pada hukumnya dahulu.

Hukum berdoa kepada orang bukan Islam bergantung kepada beberapa keadaan dan isi kandungan doa, pertama HARAM dan kedua HARUS. Secara ringkasnya adalah seperti berikut :-

Sekadar hiasan - mh



1. HUKUM HARAM

Para ulama bersepakat bahawa mendoakan orang bukan Islam dengan KEAMPUNAN ALLAH, MENDAPAT SYURGA, DIMUDAHKAN URUSAN AKHIRATNYA DAN APA SAHAJA YANG BERKAITAN DENGAN AKHIRAT adalah DIHARAMKAN

Imam An-Nawawi menyebut :

وأما الصلاة على الكافر، والدعاء له بالمغفرة فحرام بنص القرآن والإجماع

Ertinya : Adapun mendoakan orang kafir (bukan Islam) untuk mendapat keampunan adalah HARAM dari teks Al-Quran dan ijma' ulama ( Al-Majmu').


  • RINGKASAN DALIL

Terdapat beberapa dalil asas antaranya :- 

Firman Allah :-

مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُواْ أَن يَسْتَغْفِرُواْ لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُواْ أُوْلِي قُرْبَى مِن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ

Ertinya : Tiadalah sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman memintakan ampun (kepada Allah) bagi orang-orang musyrik (kafir & bukan Islam), walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabat (nya), sesudah jelas bagi mereka, bahawasanya orang-orang musyrik itu, adalah penghuni neraka Jahanam. (At-Taubat : 113)

Hadis Nabi

 :أن النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عرض الإسلام على عمه أبي طالب وهو يموت، فأبى ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لأَسْتَغْفِرَنَّ لَكَ مَا لَمْ أُنْهَ عَنْهُ . فَنَزَلَتْ : ( مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَى مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ ) وَنَزَلَتْ : ( إِنَّكَ لا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ )

Ertinya : Nabi s.a.w mengajak bapa saudaranya Abu Talib kepada Islam, amun dia meninggal sebelum menyahutnya. Maka berkata nabi : "Aku berdoa keampuanan dari Allah untuknya apa-apa yang dia tidak berdoa (semasa hayatnya). Selapas doa nabi itu dibuat, turun ayat di atas dan turun juga ayat yang beerti " sesungguhnya engkau tidak mampu memberi hidayah kepada sesiapa yang engkau sukai" 

Hadis di atas jelas menunjukkan larangan Allah kepada nabi dari berdoa KEAMPUNAN kepada bapa saudaranya yang TIDAK ISLAM.


 Imam Ib Hajar Al-Haithami Al-Syafie berkata

حرم الدعاء بأخروي لكافر، وكذا من شك في إسلامه، ولو من والديه

Ertinya : Haram berdoa berkenaan apa-apa urusan berkaitan akhirat untuk orang bukan Islam, demikian bagi mereka yang terdapat syak pada status Islamnya walau mereka itu ibubapanya 
( Rujuk Tuhafatul Muhtaj )



2. HUKUM HARUS 

Ulama juga sepakat mendoakan orang bukan Islam (kafir) agar mendapat HIDAYAH adalah HARUS DAN DIBENARKAN. Demikian juga lain-lain kebaikan bersifat dunia seperti umur panjang, kesihatan, lebih adil dan sebagainya, doa dalam hal kedunia itu HARUS selagi mana dia bukan merupakan seorang penentang utama Islam.

Imam Al-Bukhari sehingga memasukkan tajuk dalam kitabnya :

بَابُ الدُّعَاءِ لِلْمُشْرِكِينَ بِالْهُدَى لِيَتَأَلَّفَهُمْ

Ertinya : Bab berdoa untuk orang kafir musyrik untuk mendapat hidayah agar dijinakkan hati mereka.


  • RINGKASAN DALIL

Terdapat beberapa dalil utama dalam hal ini, antaranya :-

Hadis nabi : 

-فَقَالَ : إِنَّ دَوْسًا قَدْ عَصَتْ وَأَبَتْ ، فَادْعُ اللَّهَ عَلَيْهِمْ ، فَقَالَ : اللَّهُمَّ اهْدِ دَوْسًا وَأْتِ بِهِمْ

Ertinya : Seorang sahabat telah datang kepada Nabi lalu berkata : Sesungguhnya seorang dari Dausan (nama kelaurga) telah derhaka dan enggan (masuk Islam), tolonglah doakan kepada Allah untuknya. Lalu Nabi berdoa : "Ya Allah berikanlah hidayah buat lelaki dari ahli keluarga Dausan itu dan bawakanlah dia kepada kami (Riwayat Al-Bukhari, no 2779 & Muslim)

Doa yang hampir sama juga pernah Nabi lafazkan untuk Ibu Abu Hurairah, ertinya : 

"Ya Allah berikanlah hidayah untuk Ibu Abu Hurayrah" (dari Riwayat Muslim)Al-Hafidz Ibn Hajar menyatakan doa nabi itu merupakan satu taqriri dayang jelas berkenaan keharusannya. Ada ketikanya nabi akan mendoakan kehancuran dan laknat buat orang bukan Islam khususnya di ketika kuatnya kejahatan mereka ke atas umat Islam, di kala tenang dan aman, nabi mendoakan pula hidayah buat beberapa dari kalangan mereka. (Fath Al-Bari, 10/604).


Hadis nabi :-

كَانَ الْيَهُودُ يَتَعَاطَسُونَ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَرْجُونَ أَنْ يَقُولَ لَهُمْ : يَرْحَمُكُمْ اللَّهُ ، فَيَقُولُ : يَهْدِيكُمُ اللَّهُ ، وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ

Ertinya : orang Yahudi sengaja buat-buat bersin di hadapan Nabi serta berharap Nabi akan berkata sebagai balasan : Moga Allah merahmatimu kamu, Namun Nabi hanya menyebut : Semoga Allah memberi hidayah kepadamu dan memperelokkan pemikiranmu ( Riwayat At-Tirimizi& Abu Daud ; sohih menurut Albani)

Doa Nabi untuk mereka mendapat hidayah itu jelas membawa erti keharusan mendoakan hidayah buat mereka. Berdasarkan hadis itu, maka TIDAK HARUS untuk kita menyebut "bless you" kepada orang bukan Islam apabila dia bersin kerana 'bless you' tidak membawa makna yang sama dengan "Moga Allah memberi hidayah buatmu"

Oleh yang demikian, jika keadaan sesuai (kerana rakan agak rapat & telah ada minat kepada Islam), ucapan selepas mendengar bersin seorang bukan Islam itu boleh ditukar kepada "May Allah guide you" atau apa-apa yang seerti dengannya. Namun jika situasi itu tidak sesuai, eloklah berdiam diri sahaja atau boleh disebut 'get well soon' atau apa-apa ucapan lain bersifat kebaikan dunia. 

Syeikh Abu Tib menyatakan tidak boleh kita mendoakan rahmat atau blessing untuk bukan Islam kerana ia lafaz rahmat khas untuk sesama Muslim sahaja. ( ‘Aunu Al-Ma'bud, 13/257)

Nabi pernah berdoa :

اللهم اعز الإسلام بأحب العمرين

Ertinya : Ya Allah, tinggikanlah Islam melalui salah seorang dari dua Umar ( Umar Al-Khattab atau Amru Hisham iaitu Abu Jahal)

Para ulama juga menyimpulkan keharusan berdoa untuk bukan Islam yang baik dan TIDAK BERCIRI PENENTANG ISLAM agar mendapat bertambah adil, bertambah baik, dipanjangkan umur, tambah anaknya, sihat tubuhnya dan dari jenis manfaat dunia yang tidak melibatkan akhirat serta rahmat dan keampunan. Sebagaimana nabi pernah meminta Allah melewatkan dan menangguhkan azab ke atas penduduk Taif yang menghalaunya kerana mereka jahil dan tidak mengetahui.



KESIMPULAN

Hukum berdoa kepada orang bukan Islam bergantung kepada isi kandungan doanya, sama ada doa itu diucapkan di dalam khutbah atau di luar ia tetap sama dari sudut hukum. Ia bergantung kepada kandungan. Jika ia melibatkan doa berkaitan urusan dunia seperti tubuh sihat atau mendapat hidayah, DISEPAKATI ULAMA ATAS KEHARUSANNYA

Namun jika keampunan, rahmat dan urusan akhirat DISEPAKATI HARAM.TIDAK DIBENARKAN JUGA berdoa untuknya dengan rahmat selepas mereka bersin, sebaliknya ubahlah ucapan menuju erti moga Allah memberi hidayah kepadanya. Jangan dilupa juga, doa kebaikan untuk orang zalim yang pasti menurut neraca Al-Quran dan Al-hadis, sama ada kepada orang Islam atau bukan Islam adalah ditegah. 

Dalam sebuah athar yang kukuh jalan riwayatannya, disebut :-

من دعا لظالم بالبقاء فقد أحب أن يعصى الله

Ertinya : sesiapa yang mendoakan untuk orang zalim, maka dia sessungguhnya menyukai untuk menderhakai Allah. (Al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman).



Bersama-sama Mengubah Paradigma
Ke Arah Mukmin yang Sejati..=)

Friday 14 October 2011

Kemah Keming Haram!!

Assalamualaikum w.b.t.


Terdapat hadith Nabi Muhammad SAW yang menyatakan.."Akan berlaku pada akhir zaman, wanita yang memakai pakaian tetapi bertelanjang, kerana pakaiannya yang jarang sehingga nampak auratnya" - Hadith Riwayat Muslim.


Kali ini saya ingin berkongsi tentang satu petikan daripada ruangan Mewah Bahasa dalam akhbar Berita Harian iaitu Kemah Keming Haram. Apa itu 'kemah keming'? Saya pasti rakan-rakan yang berasal dari Pantai Timur sudah tentu tahu makna perkataan tersebut. Jadi, bagi mereka yang baru tahu akan kewujudan perkataan ini, mari sama-sama ikuti perbualan di bawah.


Jah dan Esah rakan sekursus Yan, baru mendaftar di sebuah institut kemahiran di ibu kota. Jah beasal dari Kelantan dan Esah pula berasal dari Perak...

Jah   : Syukurlah, dapat juga kita kursus ni.

Esah : Ya lah, kita yang kurang pandai ngaji ni, dapat juga lanjut pelajaran. Kalau nak ke U, memang le tak dapat..Tak layak!!.

Jah   : Hehehe..Memang tak layak pun. Nasib baik ada tempat belajar kemahiran ni. Itu pun mula-mula mak kat kampung berat nak bagi...

Esah : Tak bagi??

Jah   : Bukan tak bagi, tapi berat nak bagi.

Esah : Kenapa??

Jah   : Saya ni anak tunggal.

Esah : Oooo..Gitu ke?! Tapi, kalau anak tunggallah sepatutnya diberi peluang belajar lagi, sebab ni la satu-satunya anak.

Jah  : Bukan dia tak bagi, tapi berat hati nak lepaskan anaknya hidup di bandar besar ni. Dia takut terpengaruh hidup moden, pakai dedah sana-sini, haram tu!!!

Esah : Kita datang sini untuk belajar, bukannya nak buat benda tak senonoh.

Jah   : Tu la, masa mak saya hantar, dia pesan dah...

Esah : Apa dia??

Jah   : Dia pesan, walau dah duduk bandar, agama tetap kena jaga.

Esah : Oooo, tu mestilah!! Kita orang Islam mesti sembahyang...

Jah   : Bukan sembahyang je..Cara hidup kitalah, yang pentingnya pakaian!!

Esah : Hah!! Betoi tu...tu pasal la kat sini dah ada peraturan, kita mesti berpakaian kemah!!

Jah   : Hah!! Itu yang tak boleh tu.

Esah : Tak boleh??

Jah   : A'aa..tak boleh!! Kita tak boleh pakai baju kemah..Haram!!

Esah : Ishh!! Tu kan ke peraturan di sini, pakai kemah tu tutup aurat, apa pulak haramnya.

Jah   : Memanglah tutup aurat, tutup dengan kain baju, tapi kalau kemah keming, tetap haram jugak!!

Esah : Macam mana pulak pakai baju yang tutup aurat tapi haram gak?? Tak fahamlah saya. Pakai mazhab mana ni??

Jah   : Kalau pakai baju, pakai seluar, pakai kain yang biasa, yang tutup aurat, tak haramlah.

Esah : Yang haram tu macam mana pulak?? Sebab tak pernah saya dengar lagi orang kata kalau pakai pakaian kemah ni haram. Tambah pulak kat sini kita diwajibkan pakai baju lengan panjang, seluar panjang dan tudung.

Jah   : Memanglah tutup seluruh badan, tapi kalau dah kemah keming....

Esah : Kemah keming?? 

Jah   : A'ah..kalau dah pakai baju, pakai seluar kemah keming, nampak susuk badan, lekuk sana bonjol sini..Haram le!!

Esah : Ehh!! Kemah ni apa?? Macam mana boleh haram pulak??

Jah   : Kemah le, pakai baju yang tak cukup saiz tu...ketat!!

Esah : Hahh!! Kemah ni sama dengan ketat ke??

Jah   : Ha laa..Orang kampung saya cakap macam tu la. Awak ingat apa??

Esah : Saya ingat kemah macam dalam buku peraturan kat sini tu.

Jah   : Dalam buku peraturan??

Esah : Ha'aa..kan dalam buku peraturan kat sini ada tulis, kita perlu sentiasa berpakaian kemah semasa menghadiri kelas.

Jah   : Ooo..Itu ke?? Tu bukan kemah, tapi kemas!!

Esah : Samalah tu, orang Kuala Lumpur kata kemas, orang tempat saya kata kemah!!

Jah   : Mana nak samanya!! Kita dah di sini kenalah cakap cara orang sini, nanti makna jadi lain.

Esah : Betul tu Jah!! Awak pun janganlah cakap Kelantan dengan saya, nanti saya faham lain pulak..Hehehe..



GLOSARI
  • Kemah (e pepet)
             - ketat (dialek Kelantan)
           - kemas (dialek Perak)

  • Kemah keming
             - ketat sangat, ketat sendat (dialek Kelantan)




APA KONKLUSINYA??

Berpakaian ketat atau jarang dan yang seangkatan dengannya bagi setiap Muslimah adalah haram dan dilarang sama sekali dalam agama (begitu juga untuk Muslimin). Hal ini berlaku kerana etika berpakaian amat dititikberatkan dalam Islam, yang menuntut umatnya mengenakan pakaian yang menutup aurat, sopan dan bersesuaian dengan syarak. Dalam konteks ini, kebanyakan Muslimah mengambil mudah dalam soal berpakaian sehingga sanggup mengetepikan perintah dan syariat ALLAH SWT seperti yang terkandung dalam firman-Nya, Surah Al-Ahzab, ayat 59;


          Mafhumnya: Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin: "Hendaklah mereka menutupkan jilbab*nya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.


*Jilbab dalam bahasa Arab bererti pakaian yang menutupi seluruh tubuh (pakaian kurung). Ayat ini menjelaskan pada kita bahawa menutup seluruh tubuh adalah kewajiban setiap Muslimah dan merupakan tanda keimanan mereka.



ALLAH SWT juga ada berfirman dalam Surah An-Nur, ayat 31;


             Mafhumnya : Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka melabuhkan khumur (kain tudung) hingga ke paras dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara perempuan mereka atau para perempuan (sesama Islam) mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang yang beriman, agar kamu beruntung.



Ayat ini menegaskan empat hal :

a. Perintah untuk menahan pandangan dari yang diharamkan oleh Allah.
b. Perintah untuk menjaga kemaluan daripada perbuatan yang haram.
c. Larangan untuk menampakkan perhiasan kecuali yang biasa nampak seperti muka dan tapak tangan.
d. Perintah untuk menutupkan khumur hingga ke dada. Khumur adalah bentuk jamak dari khimar yang bererti kain penutup kepala (kain tudung).







Jadi, siapakah kita untuk menidakkan perintah dan syariat ALLAH SWT?? Renung-renungkanlah, dan berubahlah ke jalan yang benar selagi mana kita masih memiliki peluang yang terbentang luas ini. InsyaALLAH.



Bersama-sama Mengubah Paradigma
Ke Arah Mukmin yang Sejati..=)

Wednesday 12 October 2011

3 Tough Questions

Assalamualaikum w.b.t.

I just got this meaningful story from my friend at Facebook. Quite simple but it gives us a good lesson.
So, you can start now. Enjoy it!


































By answering all these 3 questions, actually we can correct our thinking and faith (iman) that will lead us to the right path.Insya ALLAH. Have a blast.=)

Bersama-sama Mengubah Paradigma
Ke Arah Mukmin yang Sejati..=)