Tuesday 15 November 2011

RM0.50 vs RM50.00

Assalamualaikum w.b.t





Pada suatu hari, duit syiling 50 sen bertemu dengan kawan lamanya, duit kertas RM50. Dek terlau sibuk bermusafir ke sana sini, bertukar-tukar tangan, mereka jarang-jarang bersua. Apa tidaknya, wang kertas RM50 itu berjalan sakan, sampailah ke luar negara pun sudah puas dijelajahinya. Duit syiling 50 sen, khidmatnya terbatas pada peringkat domestik sahaja.
Wang kertas RM50 yang baru pulang dari Paris, Perancis ditegur oleh duit syiling 50 sen yang dikenalinya itu di satu pesta beli-belah di ibu kota baru-baru ini.


"Assalamualaikum, kawan. Apa khabar? Lama tak nampak?"
"Wa'alaikumsalam. Alhamdulillah, sihat walafiat. Tapi, penat sikitlah," jawab wang kertas RM50 dengan ringkas.
"Kenapa pula penat, kawan?"
"Aku ni, serata dunia aku pergi. Singapura, Indonesia, Eropah, Amerika dan macam-macam tempat lagi. Masuk hotel, pawagam, pasar raya, dan banyak lagilah. Hah, kau pula macam mana? Lama juga tak nampak." Giliran wang kertas RM50 pula bertanya khabar duit syiling 50 sen.
"Huh, aku macam tu lah jugak. Sibuk memanjang. Masuk masjid, tandas awam, kedai runcit. Keluar tandas awam, masuk masjid balik. Aku ni tak macam kau. Tak sempat pun merasa pergi ke luar negara."
"Ooh, begitu rupanya."




Mereka diam seketika. Sambil itu, mereka memandang gelagat manusia yang sedang ghairah dan berebut-rebut membeli-belah. Alah membeli menang memakai lah tu.

"Eh, kau bila nak lagi nak masuk masjid?" tiba-tiba wang syiling 50 sen bertanya memecahkan kesepian. Wang kertas RM50 menoleh memandang ke arah kawannya itu, kelu seketika.
"Kenapa kau tanya aku pula? Sepatutnya soalan tu kau ajukan kepada manusia di sana."
Serentak mereka tersenyum-senyum kambing.


PENGAJARAN

Apabila ingin menderma di masjid, jangan hanya memberi duit syiling sahaja. Jangan samakan nilai sedekah yang ingin diberikan dengan nilai untuk menggunakan tandas awam.
Apa salahnya jika sekali-sekala kita hulurkan pula duit kertas.
Lebih nilai, lebih pahala.
Apa tunggu lagi? 
Mulakannya hari ini!!




Bersama-sama Mengubah Paradigma
Ke Arah Mukmin yang Sejati..=)


Thursday 3 November 2011

Peringatan Daripada Imam Ghazali

Assalamualaikum w.b.t

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya : 

Gambar hiasan


Soalan Pertama 

Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini? 
Murid 1 : Orang tua 
Murid 2 : Guru 
Murid 3 : Teman 
Murid 4 : Kaum kerabat 
Imam Ghazali :Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita 
ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.


( Surah Ali-Imran:185)


Soalan Kedua 

Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ? 
Murid 1 : Negeri Cina 
Murid 2 : Bulan 
Murid 3 : Matahari 
Murid 4 : Bintang-bintang 
Iman Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama. 


Soalan Ketiga 

Iman Ghazali : Apa yang paling besar di dunia ini ? 
Murid 1 : Gunung 
Murid 2 : Matahari 
Murid 3 : Bumi 
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU. Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka. 

(Surah Al A'raf: 179)


Soalan Keempat

Imam Ghazali : Apa yang paling berat di dunia ? 
Murid 1 : Baja 
Murid 2 : Besi 
Murid 3 : Gajah 
Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH . Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.' 

(Surah Al-Ahzab : 72 )



Soalan Kelima 

Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ? 
Murid 1 : Kapas 
Murid 2 : Angin 
Murid 3 : Debu 
Murid 4 : Daun-daun 
Imam Ghazali : Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Oleh sebab terlalu leka dengan pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat. 


Soalan Keenam 

Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali di dunia ini ? 
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang 
Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri"...




Sekadar Peringatan:
Mari kita sama-sama berganding bahu menentang 'perjuangan' songsang oleh segelintir musuh Islam ketika ini. Sama-sama juga kita doakan supaya ALLAH SWT memberikan pertolongan-Nya kepada umat Islam untuk menghapuskan ancaman ini.

TIDAK KEPADA SEKSUALITI MERDEKA 2011!!!
harap ALLAH SWT menunjukkan jalan-Nya kepada mereka yang masih lagi sesat..




Bersama-sama Mengubah Paradigma
Ke Arah Mukmin yang Sejati..=)