Assalamualaikum w.b.t
Solat adalah tiang agama. Maka, sebagai hamba yang beriman dan bertakwa kepada Allah Azza Wajalla, kita wajib untuk melaksanakan rukun Islam kedua ini tanpa sebarang alasan untuk berbuat sebaliknya.
Allah S.W.T berfirman :
Mafhumnya : "Apa yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?" Mereka menjawab: "Dahulu kami tidak termasuk orang yang melaksanakan solat."
( Surah Al-Muddaththir, ayat 42-43)
APAKAH SEKSAAN KETIKA MASIH HIDUP??
Allah S.W.T mengurangkan keberkatan umurnya.
Rezekinya disempitkan oleh Allah S.W.T.
Tiada tempat baginya di sisi Islam.
Doanya tidak dimakbulkan oleh Allah S.W.T.
Hilang cahaya soleh dari wajahnya.
Amal jariah yang dilakukan olehnya langsung tidak diberi pahala.
APAKAH SEKSAAN KETIKA SAKARATUL MAUT??
Dia akan menghadapi maut dalam keadaan hina.
Matinya dalam keadaan menderita kelaparan.
Matinya dalam keadaan sangat haus walaupun diberi air tujuh lautan.
APAKAH SEKSAAN KETIKA DI ALAM KUBUR??
Allah S.W.T akan menyempitkan kuburnya sesempit-sempitnya.
Kuburnya akan digelapkan.
Allah S.W.T akan menyeksakannya dengan pedih sehingga Hari Pembalasan ( Qiamat ).
APAKAH SEKSAAN KETIKA HARI QIAMAT??
Dia akan dibelenggu dan diseret ke Padang Mahsyar oleh malaikat.
Allah S.W.T tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan.
Allah S.W.T tidak akan mengampunkan dosanya dan dia akan diseksa dengan keras di dalam neraka.
Tunaikanlah solat walau di mana jua kita berada. Kerana solat adalah kewajipan kita kepada-Nya. Tunaikanlah solat dengan ikhlas dan niat semata-mata kerana Allah S.W.T.
InsyaALLAH, kita akan diberkati.
Amin Ya Rabbal 'Alamin.
Bersama-sama Mengubah Paradigma
Ke Arah Mukmin yang Sejati..=)
No comments:
Post a Comment