Friday 7 October 2011

Himpunan Sejuta Umat | Selamatkan Akidah

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah, para belia Malaysia telahpun melakarkan satu sejarah apabila berjaya melaksanakan Himpunan Sejuta Belia yang diadakan pada 27 hingga 29 Mei 2011, bersempena Hari Belia Negara. Syabas saya ucapkan kerana telah menzahirkan semangat perpaduan dan toleransi antara kaum demi kepentingan negara tercinta, Malaysia.

Namun, apa yang ingin saya katakan di sini adalah berkenaan dengan satu gathering juga, tetapi lebih terarah untuk menunjukkan semangat ukhuwwah, cinta dan sanggup mempertahankan agama ALLAH, iaitu Islam. Dan  gathering tersebut ialah Himpunan Sejuta Umat.


Ini adalah gathering julung kali diadakan oleh semua non government organisation (NGO) Islam di Malaysia sebagai tindak balas kepada gerakan-gerakan Kristianiti yang sejak kebelakangan ini semakin giat menjalankan dakyah-dakyah mereka untuk memesongkan akidah umat Islam sehingga menyumbang kepada masalah murtad.

Apa yang mahu dicapai dalam Himpunan Sejuta Umat ini?

  • Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media.
  • Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.
  • Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.
  • Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.
  • Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.
  • Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.

Namun, bagi saya himpunan ini sebenarnya ingin menyedarkan umat Islam betapa pentingnya ukhuwwah ataupun brotherhood dalam menangani pelbagai rintangan dan cubaan, lebih-lebih lagi ketika zaman kini umat Islam hanya ramai, tetapi sangat rapuh. Benarlah sabda Rasulullah S.A.W.,


"Setelah aku wafat,setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama".

Maka para sahabat r.a. bertanya, " Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?" Sabda Baginda SAW: " Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."



Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih dilaut?" Jawab Rasulullah SAW, "Kerana dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn." Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?" Rasulullah SAW bersabda, "Cintakan dunia dan takut akan kematian."



Oleh yang demikian, marilah sama-sama memeriahkan gathering ini dengan penuh semangat ukhuwwah dan cinta serta sayangkan akidah umat Islam untuk memastikan Islam berada di tempatnya. Perlu diingat bahawa Islam memerlukan kita untuk berdiri tegak di landasannya. Kalau Himpunan Sejuta Belia kita boleh realisasikan, kenapa tidak gathering ini?..

Tepuk dada tanya iman.




Sekadar perkongsian:

Statistik penganut agama utama dunia
  • Christian            33%
  • Islam                21%
  • Hindu                13.42%
  • Buddha              6%
  • Atheist              14%
  • Judaism             0.22%


Bersama-sama Mengubah Paradigma

Ke Arah Mukmin yang Sejati..=)


No comments:

Post a Comment